Democracy Expression

Perjalanan Teater Jalanan Malaysia Muda yang yang ke-11

May 22, 2018

author:

Perjalanan Teater Jalanan Malaysia Muda yang yang ke-11

Cerita Undi oleh Izzah Dejavu.
8 Mei 2018

Aku baru habis tonton Amanat Tun M bersama pakcik makcik di Alor Setar. Malam ini juga menandakan perhentian sebentar perjalanan Teater Jalanan Malaysia Muda yang yang ke-11 yang dipersembahkan kepada masyarakat di sepanjang kempen pilihanraya untuk pulang ke destinasi masing-masing. Sebagai pengundi pertama PRU14, tidak boleh tidak, sepanjang perjalanan 2 minggu berada di Pahang, Penang, Johor, Melaka, Terengganu, Kedah, Selangor, esok undian aku bukanlah disebabkan oleh parti politik atau susuk tubuh yang diangkat atau perjuangan agama sok suci yang dilaung dan digaduhkan. Tapi, esok aku terpaksa balik mengundi, kerana sudah cukuplah tindakan pemerintah yang memperbodoh, menindas dan menzalimi rakyat. Menteri makin kaya, rakyat makin miskin.

Cukuplah perjalanan pengalaman menyaksikan pakcik makcik dan anak muda yang bergerak kerana berkehendak akan perubahan. Itu belum masuk sembang group whatsapp kawasan yang tak putus-putus menyusun orang tanpa mengharap satu sen. Lagipun, panggilan mak, ayah, abang, keluarga aku ni dari sebulan lepas dah tanya balik ke tidak masa pilihanraya dan hasut jadi PACA. Raya Aidilfitri pun tak macam ni. Apa pun selamat meraikan ruang demokrasi yang bukan sekadar di peti undi! Jumpa di jalan kan?

Cover image source : Hitoribocchi, Flickr

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »