Expression

“YB yang baik itu merupakan calon Barisan Nasional.”

May 23, 2018

author:

“YB yang baik itu merupakan calon Barisan Nasional.”

Cerita Undi oleh EsKay.

Cerita undi saya mungkin berbeza. Sepatutnya saya mengundi kali kedua pada kali ini. Tapi saya tak keluar mengundi. Mantan YB di kawasan saya seorang yang baik, mesra, dan seorang yang boleh saya katakan rajin buat kerja. Pendek kata saya mengenali calon di kawasan saya.

Saya contemplating untuk keluar mengundi sebab YB yang baik itu merupakan calon Barisan Nasional. Tapi pada masa yang sama saya marah dengan kepimpinan Barisan Nasional terutama mantan Perdana Menteri, DSN. Jadi saya decide untuk tak mahu sumbangkan apa-apa undi. Saya sayang dengan calon di kawasan saya. Tapi dalam masa yang sama saya mahu BN tumbang.

Cerita saya mungkin tak besar dan memalukan kerana bagi ramai orang apabila tidak keluar mengundi itu bermaksud kita bukan rakyat yang bertanggungjawab. Tapi bagi saya yang menyayangi calon BN di kawasan saya, itu adalah tindakan terbaik untuk saya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »