Democracy

“Lesen besar pertama untuk drive balik ke kampung tanpa co-pilot dewasa”

May 22, 2018

author:

“Lesen besar pertama untuk drive balik ke kampung tanpa co-pilot dewasa”

Cerita Undi oleh Siti Asmah

Lesen besar pertama untuk drive balik ke kampung tanpa co-pilot dewasa sejak terlafaznya “aku terima nikahnya”..(hampir 12 tahun perkahwinan).

Karak, Pahang – Besut, Terengganu. Hampir 500km dengan bertemankan anak-anak berusia 10, 7 dan 2 tahun. Suami melepaskan dengan berat hati. Almaklumlah si kakak walaupun kembar 10 tahun tapi belum boleh diharap. Yang 2 tahun tu “supermagnet”. Perangai amat menggerunkan dan sukar dipujuk. Tapi cakap kat suami, ni usaha terakhir kita, demi rakyat, demi negara.

Mungkin ada yang cakap “ala..1 undi je. Mungkin x ubah pape”. Takpela, saya ambil semangat dan prinsip si burung kecil dalam kisah nabi Ibrahim. Si burung tersebut berulang kali mengangkut air dgn paruhnya yg kecil utk memadamkan api yg membakar nabi Ibrahim. Apabila ditegur oleh burung lain kerana melakukan kerja yg nampak sia-sia, si burung kecil menjawab, “aku takut apabila dibangkitkan di hadapan Allah nanti, aku bakal disoal apa usahaku dalam hal ini”.

Urusan politik juga sebahagian urusan agama. Aku takut apabila dibangkitkan nanti, Allah tanya apa usahaku dalam membantu agamaku, negaraku dan masyarakatku… Caramu dan caraku mungkin berbeza namun kita semua menuju destinasi yang sama, ke akhirat sana…

Perjalanan balik kampung, Alhamdulillah boleh santai-santai sebab cuti lama. Tapi perjalanan balik ke Karak akan mencabar sebab lepas mengundi perlu berkejar balik ke Karak segera. Elakkan jem dan usaha hantar anak-anak ke asrama sebelum malam 9 Mei 2018..

#pru14
#demi1undi

Cover image credit : Lohb, Flickr

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »