Expression

Ledakan Harapan

May 23, 2018

author:

Ledakan Harapan

Puisi Undi oleh Pencil Diam.

Tanah tumpahnya darahku,
Mari aku
balut sehiris lukamu;
Yang termampu,
secalit pangkahku,
kirimkan buat mengubat kamu.

Tanah tumpahnya darahku,
Ada kotor kian tepu,
Menyakitkan jantungmu!
Suara minda kami satu—
Beri kamu nafas baharu!

Tanah tumpahnya darahku,
Bertatih-tatih
kita pulih.
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »