Expression

“Sebagai anak muda Orang Asli..”

May 20, 2018

author:

“Sebagai anak muda Orang Asli..”

Cerita Undi oleh Shaq Koyok.

Sebagai anak muda Orang Asli yang pernah berada serta mengembara dinegara-negara barat yang mempunyai system demokrasi yang telus dan bebas. Saya rasa agak terbelenggu, resah dan sedih apabila nampak dinegara sendiri yang masih mempunyai kerajaan yang cuba menghalang kita bersuara tidak mengamalkan sistem demokrasi yang telus malahkan membuat perubahan. Setelah beberapa tahun lepas saya cuba sedaya upaya memberi inspirasi kepada orang-orang awam tentang kebebasan bersuara dan apa sebenarnya demokrasi.

Pilihanraya 14 pada tahun ini saya tidak mahu ketinggalan untuk mengundi walaupun saya terpaksa pulang ke tanah air dari pengembaraan saya membuat penyelidikan di negara Australia dan New Zealand. Tetapi saya memang mahu membantu serba sedikit untuk memberi perubahan kepada Malaysia dengan mengundi. Walaupun kita pernah mendengar mengenai pergerakan “undi rosak” tetapi kita sebagai rakyat Malaysia, pengundian adalah tanggungjawab kita untuk memilih masa depan Malaysia.

Figure 1 “Manipulated” Acrylic on Canvas, 2013

Saya harap dengan kemenangan Pakatan Harapan dan kerajaan baru ini kita bersama-sama memberi inspirasi serta contoh untuk anak-anak muda di Negara ini mengenai apakah sebenarnya Negara demokrasi dan kebebasan bersuara. Pada masa yang sama saya juga ingin melihat perubahan pada masyarakat minoriti seperti Orang Asal di Malaysia yang masih lagi banyak masalah yang dihadapi. Dengan kerajaan yang baru ini, kami sebagai Orang Asal dinegara ini dapat peluang untuk mendapatkan balik hak tanah kami dan juga hak asasi ynag umum kepada kami.

Marilah kita bersama-sama membuat perubahan dinegara yang baru ini untuk kebaikan kita dan juga masa depan kita.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »